Bahagian Kesihatan Awam - Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

Indeks Artikel

Objektif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

  • Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi, Malaria, Filaria dan lain-lain penyakit bawaan vektor yang dilaporkan di Negeri Selangor.
  •  Mencegah kejadian penyakit bawaan vektor di kawasan di mana tiada berwabak pada masa kini.
  • Memastikan tiada kes hawar dan demam kuning di negara ini khususnya di negeri Selangor.

Aktiviti-aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor adalah seperti berikut:

1. Aktiviti Kawalan Denggi

2. Aktiviti Kawalan Malaria

3. Aktiviti Kawalan Filaria, Scrub Typus dan Japanese Encephalitis

4. Aktiviti Kawalan Penyakit-penyakit Lain Bawaan Vektor

Aktiviti Kawalan Denggi:

Aktiviti kawalan denggi adalah bertujuan untuk mencapai sasaran seperti berikut:

 

  • Mengurangkan kes demam denggi tidak melebihi 50 kes/100,000 penduduk
  • Mengurangkan kes demam denggi berdarah tidak melebihi 2 kes/100,000 penduduk
  • Mengurangkan kes kematian demam denggi tidak melebihi 0.2%
  • Mensasarkan kes kematian demam denggi berdarah tidak melebihi 1.0%
  • Mensasarkan Aedes Indeks (A.I) tidak melebihi 1.0%

Aktiviti Kawalan Malaria:

Aktiviti kawalan malaria adalah bertujuan untuk mengurangkan mortality dan morbidity penyakit malaria serta mencegah kejadian malaria di kawasan yang telah bebas dari penyakit malaria. Sasaran aktiviti kawalan malaria adalah untuk mengurangkan kejadian malaria di kalangan penduduk supaya kadar kejadian tidak melebihi 1 kes bagi setiap 100,000 penduduk serta sasara tiada kematian disebabkan jangkitan Malaria.

Aktiviti Kawalan Filaria, Scrub Typhus dan Japanese Encephalitis:

Kesemua kes adalah kes import dan terdiri dari warga asing. Tiada kes Scrub Typus dan Japanese Encephalitis.

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8662330

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2020

 

Totop Scroller