• Laman Utama
  • Pentadbiran
  • Bahagian
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Indeks Artikel


Seksyen Pematuhan dan Surveilan  

Pengenalan

Unit ini bertanggungjawab memastikan perlaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Fungsi dan Aktiviti Unit

Unit Pematuhan Domestik

A. Kawal Selia dan Operasi
  • Memantau pematuhan mandatori di bawah perundangan makanan melalui aktiviti pensampelan dan pemeriksaan premis makanan.
  • Menyiasat aduan pengguna berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Mengawal sedia perlaksanaan QAP/KPI negeri.
  • Pengurusan reten-reten bulanan dan tahunan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan negeri.
  • Menyelaras operasi dan alert keselamatan makanan peringakat negeri Selangor.
  • Mengurus perlakasanan FoSIM domestik di peringkat negeri.
  • Merancang dan memantau aktiviti pemeriksaan premis dan pensampelan makanan (domestik).
  • Menyelaras siasatan kesalahan iklan di media cetak atau elektronik.
B. Perundangan Makanan
  • Mewujudkan kerjasama dengan Unit Inspektorat dan Perudangan Negeri (UIPN).
  • Menjalankan khidmat nasihat dan pakar rujuk berkaitan Akta Makanan 1983 dan semua peraturan dibawahnya kepada PKD Pintu Masuk dan pihak Industri.
  • Menyelaras dan menjalankan aktiviti risikan berkaitan keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan bagi mendapatkan maklumat awal.
  • Menyelaras dan memastikan setiap PKD dan Pintu Masuk mematuhi setiap garispanduan, prosedur, pekeliling, arahan pentadbiran dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan JKN.
  • Menyelaras aktiviti arahan recall dan sitaan kepada daerah.
Unit Pematuhan Industri dan Surveilan
 
A. Pematuhan Industri
  • Memantau kilang/pengimport yang telah diberi lesen-lesen dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan -peraturan Makanan 1985.
  • Menyelaras dan memproses permohonan bagi perlesenan air mineral semulajadi (AMS) dan air minuman berbungkus (AMB).
  • Memantau dan memberi khidmat nasihat kepada PKD yang memproses permohonan kilang ais.
  • Bertanggungjawab sebagi urusetia bagi Jawatankuasa Perakuan baig pelesenan AMS, AMB dan kilang ais.
  • Menyelaras, memantau dan mengeluarkan sijil eksport iaitu Sijil Kesihatan (selain ikan dan hasilan ikan) dan Sijil Penjualan Bebas.
B. Surveilan dan TDS (Total Diet Study)
  • Merancang dan melaksanakan program pensampelan makanan negeri bagi tujuan pemantauan.
  • Menganalisis dan menyediakan semua laporan pemantauan makanan negeri.
  • Menjalankan program TDS dan menyediakan laporan pensampelan.
  • Menyelaras aktiviti kajian dan penyelidikan berhubung dengan keselamatan makanan di peringkat negeri.
Prosedur dan Borang Permohonan Free Sale Certificate
   - Sila Klik Untuk Muat Turun Prosedur Permohonan dan Borang Permohonan di ruangan Swasta >>  Sijil Penjualan Bebas
 
 

myGov.fw moh.fw jpa.fw
info sihat.fw myhealth.fw

Jumlah Pengunjung: 8662331

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2020

 

Totop Scroller